Kekejaman Israel : Hanya Benarkan 17 Peratus Sahaja Bantuan Masuk Ke Gaza

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan tidak sampai satu pertiga bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk ke Gaza pada bulan ini.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata Israel terus menolak operasi bantuan PBB ke bahagian utara Gaza, lapor Anadolu.

“Keseluruhan Gaza, kami merancang 339 misi bantuan yang memerlukan kerjasama Israel di antara 1 hingga 16 Desember. Mereka hanya membenarkan kurang dari sepertiga bantuan itu.

“Di seluruh Gaza, sukarelawan kemanusiaan terus menghadapi kesukaran akses di saat mereka berusaha membantu lebih ramai mangsa.

“Ramai di kalangan mereka memerlukan makanan, air, tempat tinggal dan keperluan penting lain untuk hidup,” katanya.

Dujarric berkata sebahagian besar permintaan PBB ditolak mentah-mentah oleh Israel sejak serangan yang berlarutan 10 minggu lalu.

Katanya, daripada 96 bantuan kemanusiaan yang dirancang untuk minggu pertama Disember, hanya 16 misi yang dibenarkan Israel.

Satu persidangan antarabangsa akan diadakan tahun depan bagi membincangkan perdamaian dan penyelesaian dua negara.

Persidangan yang dianjurkan bersama oleh Arab Saudi dan Perancis itu merupakan resolusi yang diputuskan oleh Perhimpunan Agung PBB awal bulan ini.- Tv Pertiwi

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengiktirafan Hak : Palestin Gesa 15 Lagi Negara Semak Semula Keputusan Di UNGA

Next Post

Derita 5 Bulan : Peniaga Dedah Seksaan Rejim Assad Dalam Penjara

Related Posts