Derita 5 Bulan : Peniaga Dedah Seksaan Rejim Assad Dalam Penjara

Lima bulan berada dalam penjara di bawah kekejaman bekas presiden Bashar Al-Assad, seorang peniaga di Syria bagaikan bermimpi diberi peluang kembali bersama keluarga.

Ghazi Mohammed al-Mohammed berkata penyeksaan demi penyeksaan dilalui walau dia tidak terlibat dalam arena politik negara itu, lapor AFP.

“Saya dan rakan serta seorang doktor ditangkap semasa dalam perjalanan perniagaan singkat ke Damsyik sebelum dihumban dalam neraka penjara di daerah Mazzeh.

“Hari pertama, pergelangan tangan saya digantung di tempat tinggi dalam sel dengan kaki saya tidak dapat menyentuh lantai sebelum diturunkan.

“Saya dipukul dan hampir tidak diberi makan dan mereka meminta saya mengaku abang saya menyertai pemberontak,” katanya.

Peniaga itu mendakwa sepanjang dalam tahanan, dia diancam bunuh dan dapat mendengar rintihan wanita dan kanak-kanak diseksa dalam penjara.

Katanya, berat badannya juga susut 40 kilogram dan dikurung dalam ruang sempit seluas pusara dengan tiada kemudahan tandas.

“Selepas sebulan, saya diserahkan kepada perisikan tentera sebelum dilemparkan dalam sel sempit kira-kira dua meter panjang dan lebar 1.2 meter.

“Sel itu tidak mempunyai elektrik, tiada air dan apabila memerlukan tandas, pengawal memaksa saya pergi dalam keadaan telanjang, membongkok dan dengan mata tertunduk.

“Saya juga diejek dan diancam bunuh,” katanya yang bersyukur dengan penggulingan kuasa oleh pemberontak sekaligus menyelamatkan tahanan di penjara.

Ibu Ghazi, Fatima Abd al-Ghany, 75, pula mendakwa anaknya masih trauma dan perubahan fizikal dapat dilihat selepas tragedi itu.

“Apabila saya tengok dia, dia macam bukan anak saya. Dia trauma walaupun dia menafikannya,” katanya.- Tv Pertiwi

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kekejaman Israel : Hanya Benarkan 17 Peratus Sahaja Bantuan Masuk Ke Gaza

Next Post

Kekuatan Media Sosial Sebagai Senjata Pembebasan Palestin

Related Posts