Rasmi! Ireland Sertai Afrika Selatan, Heret Israel Ke ICJ

LONDON, 9 Rejab 1445H, Khamis – Ireland secara rami menyertai kes genosid yang difailkan Selatan Afrika terhadap Israel, menurut pengumuman yang dibuat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Dalam kenyataan media ringkas, ICJ menyatakan bahawa Ireland telah menyertai negara-negara lain iaitu Nicaragua, Colombia, Mexico, Libya, Bolivia, Turkiye, Maldives, Chile, Sepanyol, dan Palestin dalam memohon untuk campur tangan dalam kes tersebut.

Afrika Selatan dilapor kan mengemukakan dokumen terperinci kepada ICJ yang mengandungi bukti forensik berhubung dakwaan jenayah genosid oleh negara haram itu di Gaza.

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk memberi tekanan kepada masyarakat antarabangsa agar mengambil tindakan terhadap serangan yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin. – Agensi

Ismaweb

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa Permintaan Roh Para Syuhada’ Kepada Allah SWT?

Next Post

Hamas Tegaskan Syarat Bebas Tebusan Jika Israel Henti Serang Gaza

Related Posts