Hamas Sedia Runding Gencatan Senjata 5 Tahun dan Pembebasan Tebusan

KAHERAH: Hamas terbuka kepada rundingan gencatan senjata lima tahun di Gaza dan pembebasan semua tebusan Israel, ketika perunding kumpulan itu berbincang dengan negara pengantara.

Delegasi Hamas berada Kaherah untuk berbincang dengan pengantara Mesir bagi menamatkan perang 18 bulan, ketika di medan perang Gaza pasukan penyelamat memaklumkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh akibat serangan Israel.

Pegawai agensi agensi penyelamat Pertahanan Awam wilayah itu, Mohammed al-Mughayyir, memberitahu jumlah korban telah meningkat sekurang-kurangnya kepada 35 orang.

Katanya, di tempat lain di seluruh Gaza, seramai 25 lagi orang terbunuh.

Sehingga kini, tiada maklum balas segera dari tentera Israel mengenai serangan terkini, namun mereka mengatakan seramai 1,800 sasaran pengganas diserang di seluruh Gaza sejak serangan ketenteraan disambung semula pada 18 Mac.

Tentera juga menyatakan ‘ratusan pengganas’ terbunuh.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan sekatan Israel terhadap kemasukan bantuan yang berterusan hampir lapan minggu mengakibatkan bekalan makanan dan perubatan kehabisan di Gaza.

Pegawai Hamas yang enggan namanya disiarkan, memberitahu AFP, kumpulan pejuang Palestin itu ‘sedia membuat pertukaran tahanan secara sekali gus dan memeterai gencatan senjata selama lima tahun’.

Hamas dalam satu kenyataan kemudian berkata, delegasinya terus meninggalkan Kaherah petang semalam, tanpa memaklumkan sebarang perkembangan terkini.

Usaha terbaharu mencapai gencatan senjata itu menyusul selepas Hamas pada awal bulan ini menolak cadangan Israel yang disifatkan sebagai hanya ‘sebahagian’.

Cadangan baharu itu sebaliknya menggesa kepada perjanjian ‘menyeluruh’ untuk menghentikan perang yang tercetus akibat serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Menurut seorang pegawai kanan Hamas, tawaran Israel yang ditolak itu termasuk gencatan senjata selama 45 hari sebagai pertukaran untuk pembebasan 10 tebusan yang masih hidup.

Hamas secara konsisten menuntut sebarang perjanjian gencatan senjata seharusnya membawa kepada penamatan perang secara kekal, pengunduran penuh tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan.

Pengunduran Israel dan ‘penamatan sepenuhnya’ perang juga akan berlaku seperti digariskan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dalam fasa kedua gencatan senjata yang bermula pada 19 Januari tetapi gagal dua bulan kemudian.

Hamas telah berusaha mengadakan rundingan mengenai fasa kedua, tetapi Israel berkeras mahukan fasa pertama dilanjutkan.

Israel menuntut pengembalian semua tebusan yang ditawan dalam serangan 2023 dan mendesak Hamas meletak senjata tetapi ditolak kumpulan itu sebagai suatu permintaan berat sebelah atau ‘garisan merah’ yang tidak boleh dilintasi.

“Kali ini, kami akan bertegas menuntut jaminan mengenai penamatan perang, walaupun untuk tempoh lima tahun sebagai permulaan.

“Penjajah boleh kembali berperang selepas sebarang perjanjian separa (sebelum ini), tetapi tidak boleh berbuat demikian dengan perjanjian penuh serta jaminan antarabangsa,” kata pegawai kanan Hamas, Mahmud Mardawi dalam satu kenyataan.

Lewat semalam, pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan turut mengulangi pendirian sebarang cadangan yang tidak merangkumi penghentian perang secara menyeluruh kekal ‘tidak akan dipertimbangkan’.

“Kami tidak akan meletakkan senjata dan meneruskan perjuangan selagi penjajahan berterusan,” katanya sambil memaklumkan

Israel semalam, terus membedil Gaza. – AFP

Sumber: Berita Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Serangan Terkini Israel Ragut 55 Nyawa Penduduk Gaza

Next Post

Usaha Gencatan Senjata Gaza Capai Sedikit Kemajuan – PM Qatar

Related Posts