Misi Flotila Ke Gaza Berlepas Dari Pelabuhan Barcelona

MADRID: Kumpulan flotila, terdiri daripada puluhan bot yang membawa bantuan ke Gaza, berlepas dari pelabuhan Barcelona pada petang Isnin, selepas ditangguhkan beberapa jam akibat cuaca buruk.

Beberapa bot dalam Misi Flotila Global Sumud membunyikan hon ketika mereka meninggalkan pelabuhan.

“Bebas, bebas Palestin,” laung beberapa aktivis di pelabuhan itu.

Aktivis pro Palestin, termasuk aktivis iklim, Greta Thunberg dan pelakon “Game of Thrones”, Liam Cunningham, turut serta dalam flotila yang terdiri daripada puluhan bot itu, bertujuan memecahkan sekatan laut oleh Israel dan menghantar makanan serta bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza, yang musnah akibat perang selama hampir dua tahun.

Israel mendakwa, sekatan laut yang dikenakan sejak 2007 itu adalah perlu untuk menghalang penyeludupan senjata kepada kumpulan pejuang Palestin, Hamas.

Israel juga menyifatkan cubaan lain untuk memecahkan sekatan itu, termasuk satu yang membabitkan Thunberg pada Jun lalu sebagai helah propaganda yang menyokong Hamas.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PBB: Sejuta Penduduk Gaza Bakal Diusir, Serangan Israel Berlanjutan

Next Post

Israel Hantar Lebih Banyak Kereta Kebal Ke Gaza

Related Posts