Serangan Terkini Israel Ragut 55 Nyawa Penduduk Gaza

GAZA: Sekurang-kurangnya 55 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel di Semenanjung Gaza.

Perkara itu disahkan pasukan penyelamat dan perubatan Palestin.

Serangan berlaku serentak dengan arahan pemindahan baharu oleh tentera Israel menjelang serangan darat yang dirancang Zionis.

Ketua Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Leftenan Jeneral Eyal Zamir memberi amaran operasi lebih besar akan dilancarkan jika tebusan Hamas tidak dibebaskan.

Enam sekeluarga maut apabila rumah mereka musnah dalam serangan di utara Bandar Gaza, manakala sembilan lagi terbunuh dalam serangan ke atas bekas balai polis di Jabalia.

Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan pusat kawalan Hamas, namun tidak mengesahkan lokasi sebenar.

Serangan lain di Jabalia dan kawasan lain menyebabkan lebih 30 lagi terkorban.

PBB memberi amaran pemindahan besar-besaran boleh mendorong pemindahan secara paksa ke kawasan yang semakin sesak.

Israel menyambung semula operasi ketenteraannya pada 18 Mac lalu selepas tamatnya gencatan senjata dua bulan.

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Bedil Sekolah Sebagai Tempat Perlindungan Di Gaza, 10 Maut

Next Post

Hamas Sedia Runding Gencatan Senjata 5 Tahun dan Pembebasan Tebusan

Related Posts