Situasi Di Gaza Semakin Memburuk, Tiada Lagi Bekalan Makanan – Amnesty International

RAMALLAH – Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard menggesa semua pihak antarabangsa khususnya Kesatuan Eropah (EU) agar mengambil langkah tegas menghentikan tindakan genosid oleh Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, sama ada melalui serangan bersenjata mahupun dasar kebuluran yang menyebabkan wilayah itu kini tanpa bekalan makanan.

Callamard dalam satu kenyataan juga merayu agar semua pihak berkepentingan mendesak Israel membenarkan kemasukan makanan, air dan ubat-ubatan ke Gaza di samping memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap genosid dan jenayah perang dibawa ke muka pengadilan, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza, berdasarkan pemerhatian dan pemantauan lapangannya terhadap konflik yang telah berlarutan selama 19 bulan.

Situasi itu semakin memburuk sejak Israel mengenakan sekatan menyeluruh ke atas wilayah Palestin bermula 2 Mac lalu.

Callamard turut menyifatkan bahawa situasi di Gaza kini adalah genosid yang berlaku secara terang-terangan.

“Kami tahu rakyat Gaza sedang berdepan kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan yang amat kritikal. Pertubuhan Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan semua agensi kemanusiaan serta badan PBB telah memberi amaran – Gaza kini benar-benar kehabisan bekalan makanan,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MAPIM Desak PBB & OIC Bertindak Segera Hentikan Kekejaman Israel

Next Post

PBB Gesa Pemimpin Dunia Segera Hantar Makanan Pada Penduduk Gaza

Related Posts