MAPIM Desak PBB & OIC Bertindak Segera Hentikan Kekejaman Israel

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang melakukan serangan besar-besaran ke atas Gaza dengan memanggil puluhan ribu askar simpanan untuk menggempur wilayah itu dari pelbagai penjuru.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, serangan itu dilakukan ketika Gaza berada dalam keadaan lumpuh sepenuhnya dengan hospital kehabisan bahan api, bekalan makanan disekat serta lebih 20 juta penduduk hidup dalam kepungan tanpa perlindungan asas.

“Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza telah memberi amaran bahawa baki bahan api untuk hospital hanya cukup untuk tiga hari sahaja.

“Sekatan laluan bantuan dan penghalangan agensi antarabangsa menghantar bekalan ke kawasan kritikal merupakan jenayah perang yang jelas, melanggar norma kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, tindakan Israel itu bukan sahaja satu serangan kepada rakyat Palestin, malah merupakan penghinaan terhadap maruah seluruh umat Islam.

Justeru, MAPIM menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), agar tidak lagi berdiam diri.

MAPIM mendesak agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera mengadakan sidang tergempar dan menghantar misi kemanusiaan serta pemantauan ke Gaza.

Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) juga digesa menghentikan retorik semata-mata dan mengambil tindakan konkrit termasuk tekanan politik, ekonomi dan ketenteraan bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai.

“Negara-negara Islam, terutamanya yang berjiran dengan Palestin, wajar mempertimbangkan intervensi langsung termasuk bantuan ketenteraan jika perlu.

“Umat Islam di seluruh dunia juga perlu digerakkan secara menyeluruh melalui doa, demonstrasi, sumbangan dana serta desakan politik bagi menghentikan pembantaian ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, MAPIM bersama rakan-rakan antarabangsa akan terus mempertingkatkan usaha bantuan kecemasan, kempen diplomatik dan mobilisasi massa peringkat global.

“Apabila darah kanak-kanak terus ditumpahkan dan rumah-rumah hancur bersama penghuninya, maka diam adalah pengkhianatan. Dunia tidak boleh terus menjadi penonton. Gaza bukan sekadar isu Palestin, ia adalah ujian terhadap kemanusiaan dan kesatuan umat Islam,” tegas Mohd Azmi.

Sumber: MalaysiaGazette

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Krisis Kemanusiaan Di Gaza Kini ‘Di Luar Jangkaan’ – UNRWA

Next Post

Situasi Di Gaza Semakin Memburuk, Tiada Lagi Bekalan Makanan – Amnesty International

Related Posts