Kapal Kedua Flotilla Diserang Dron Di Tunisia, Tiada Kecederaan Dilaporkan

TUNISIA: Sebuah lagi kapal misi bantuan kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza diserang dron di Tunisia, semalam.

Menurut peserta, Musa Nuwayri dalam hantaran di media sosial memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan ketika insiden berlaku.

“Bot saya, Iylia dan Sul pula menjadi sasaran dron malam ini ketika berlabuh di Tunisia.

“Alhamdulillah tiada kecederaan dilaporkan, doakan,” katanya.

Insiden itu berlaku sehari selepas sebuah lagi kapal flotilla dilaporkan terkena serangan sama, bagaimanapun dinafikan pihak berkuasa Tunisia.

Perkara itu bagaimanapun dipertikaikan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese, yang berkongsi rakaman video mendakwa objek api dijatuhkan dari udara ke atas Alma.

Flotilla tiba di Tunisia hujung minggu lalu dan turut disertai aktivis terkenal termasuk Greta Thunberg.

Misi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.

Konvoi itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman; penyanyi Zizi Kirana; serta pelakon Ardell Aryana.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Qatar Akan Terus Jadi Perantara Dalam Krisis Gaza

Next Post

Hamas Sahkan Pimpinan Selamat, 6 Terbunuh Serangan Israel Di Doha

Related Posts