Sejuk Melampau! Lagi Bayi Palestin Berusia 20 Hari Meninggal Dunia

GAZA, 28 Jamadilakhir 1446H, Isnin – Seorang bayi berusia 20 hari meninggal dunia akibat cuaca sejuk melampau dan kekurangan pemanas di khemah pelarian di Semenanjung Gaza tengah, lapor Kementerian Kesihatan Palestin.

Bayi tersebut, Jumaa al-Batran, dilaporkan meninggal dunia di bandar Deir al-Balah.

Menurut kenyataan kementerian, bayi malang itu menghembuskan nafas terakhir akibat kesejukan yang melampau.

“Saudara kembarnya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Al-Aqsa Martyrs di Gaza,” katakenyataan itu.

Tragedi ini menjadikan jumlah bayi yang meninggal dunia akibat kesejukan di Gaza meningkat kepada lima orang dalam tempoh seminggu.

Semenanjung Gaza kini berdepan krisis kemanusiaan yang kritikal selepas serangan darat dan udara yang dilancarkan Israel.

Menurut pihak berkuasa di Gaza, lebih 45,500 orang, kebanyakannya orang awam, telah terkorban dalam konflik yang berlangsung, termasuk wanita, kanak-kanak, doktor, wartawan, akademik, dan pekerja bantuan.

Israel telah menyasarkan infrastruktur penting seperti hospital, sumber air, masjid, gereja, dan kawasan perumahan, menyebabkan hampir keseluruhan penduduk Gaza terpaksa menjadi pelarian di tanah sendiri.

Ribuan mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah.

Walaupun terdapat desakan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Israel didakwa terus mengabaikan keputusan-keputusan badan berkenaan. – Agensi, Ismaweb

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin Sumbang RM2 juta Dihantar Januari Ini

Next Post

08 Dec 1987 | Intifada Pertama

Related Posts