
TEL AVIV: Israel dilapor semakin kehabisan peluru pemintas sistem pertahanan peluru berpandu Arrow, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan rejim itu untuk menangkis serangan peluru berpandu jarak jauh dari Iran.
Menurut laporan The Wall Street Journal yang memetik seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan, Washington menyedari isu kekurangan tersebut sejak beberapa bulan lalu dan telah memperkukuh pertahanan Israel dengan sistem tambahan di darat, laut dan udara.
Sistem Arrow merupakan lapisan tertinggi dalam rangkaian pertahanan pelbagai peringkat Israel, direka untuk memintas peluru berpandu balistik di luar atmosfera.
Ia digunakan bersama sistem David’s Sling dan Iron Dome bagi menangani pelbagai jenis ancaman udara.
Tentera Israel bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara berkaitan peluru dan persenjataan, menurut laporan itu.
Konflik bersenjata di antara Israel dan Iran yang berlarutan sejak minggu lalu telah menyaksikan lebih 400 peluru berpandu dilancarkan ke arah Israel, memaksa sistem pertahanan udara negara itu beroperasi secara intensif dan berterusan.
Sumber: Astro Awani
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj