
WASHINGTON – Israel mungkin tidak dapat bertahan dalam peperangan yang berpanjangan dengan Iran akibat kos yang semakin meningkat dan bekalan pemintas yang semakin berkurangan yang mana ia merupakan kelemahan kritikal dalam rangkaian pertahanan udara Tel Aviv.
Laporan The Washington Post yang memetik pegawai perisik Israel dan Amerika Syarikat (AS) membayangkan tanpa pembekalan semual pada kadar segera atau campur tangan tentera AS secara langsung, Israel mungkin mampu bertahan antara 10 hingga 12 hari.
“Mereka perlu memilih apa yang mahu mereka pintas. Sistem (pertahanan) telah tumpas,” menurut sumber yang diberi taklimat mengenai perkara itu.
Analisis akhbar tersebut seiring dengan amaran Open Source Intelligence (OSINT) yang menganggarkan peluru berpandu balistik Iran mula memecahkan secara teruk pertahanan pelbagai lapisan peluru berpandu Israel pada hari ke-18 peperangan.
Unjuran tersebut berdasarkan kepada kadar penggunaan pemintas dan inventori yang diketahui yang mencadangkan penembusan peluru berpandu harian akan meningkat secara signifikan ketika grid Israel mula mencatu persenjataan dan memberi keutamaan kepada zon kritikal.
Kelemahan ekonomi dalam menepis peluru berpandu Iran yang dilancarkan secara besar-besaran juga semakin tidak dapat dilakukan.
Menurut The Marker, kos operasi sistem pertahanan peluru berpandu telah meningkat kepada kira-kira 1 billion shekel (AS$285 juta) setiap malam.
Israel bergantung kepada Arrow-2 dan Arrow-3 yang mana kos pemintas peluru berpandu itu adalah AS$3 juta setiap satu, telah meningkatkan kebimbangan sama ada kos tersebut mapan.
Sistem pertahanan udara Israel meliputi peluru berpandu berprestasi tinggi seperti Arrow, David’s Sling, Iron Dome dan Tamir
Tanda-tanda kelemahan keupayaan pertahanan udara rejim Zionis itu kelihatan pada pagi Selasa ketika cubaan untuk menghalang serangan Iran ke atas kawasan Direktorat Perisikan Tentera Isral dikenali Aman gagal.
Tamir yang dilancarkan untuk memintas peluru berpandu Iran sebagai benteng terakhir untuk mengelak hentaman terus ke premis Aman gagal melaksanakan tugasnya.
“Ia seperti melepaskan tembakan pistol 9 milimeter ke arah sebuah kereta api kargo,” kata penganalisis startegik Israel, Efraim Inbar yang menyifatkan senario itu tidak sepadan antara prestasi Iron Dome dan peluru berpandu balistik supersonik yang digunakan Iran.
Ketika Iron Dome digunakan untuk menangkis ancaman peluru berpandu dari Gaza, ia dilihat tidak berkesan bagi menangani peluru berpandu jarak jauh Iran.
Washington Post melaporkan para pegawai AS memantau tahap serangan Iran dan kelemahan sistem Israel.
Ketika serangan Iran berterusan, pegawai kanan tentera Israel menghadapi tekanan membuat keputusan mengenai sasaran yang perlu dilindungi, satu scenario yang mungkin akan mendedahkan infrastruktur strategik. – Agensi
Sumber: Malaysia Gazette
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj