GAZA: Sekurang-kurangnya 140 penduduk Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam akibat serangan udara dan darat tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Daripada jumlah itu, 40 orang maut dalam beberapa insiden berasingan termasuk serangan ke atas orang awam yang beratur mendapatkan bantuan makanan.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 21 orang maut dalam serangan udara ke atas rumah di kem pelarian Maghazi, kawasan Zeitoun dan bandar Gaza.
Sementara itu, lima lagi disahkan terbunuh dalam serangan ke atas sebuah kem di Khan Younis, selatan Gaza.
Dalam kejadian berasingan, 14 individu dilaporkan terbunuh akibat tembakan tentera Israel ke arah orang ramai yang menunggu trak bantuan dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sepanjang Jalan Salahuddin, tengah Gaza.
Dalam pada itu, tentera Israel (IDF) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah memberi amaran bahawa kawasan itu adalah zon pertempuran aktif, dan individu yang menghampiri tentera dianggap sebagai ancaman.

Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj