Konflik Israel-Iran : Negara-Negara Arab Tutup Sementara Ruang Udara

DOHA: Negara-negara Arab termasuk Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menutup ruang udara buat sementara waktu susulan ketegangan yang terus memuncak di rantau itu.

Syarikat penerbangan utama dunia turut menggantung dan mengurangkan operasi penerbangan ke Asia Barat sebagai langkah keselamatan.

British Airways antara yang mengambil langkah drastik membatalkan penerbangan dari Lapangan Terbang Heathrow, London ke Dubai dan Doha.

United Airlines pula memaklumkan penerbangan pergi dan balik dari Dubai antara 18 Jun lalu hingga 3 Julai depan terjejas.

Air Canada juga menggantung penerbangan dari Toronto ke Dubai dan memberi amaran penggantungan boleh dilanjutkan.

Manakala syarikat penerbangan di bawah Air France, Transavia, membatalkan laluan dari Paris ke Beirut sehingga 30 Jun ini. – REUTERS

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Iran Lancar 6 Peluru Berpandu Sasar Pangkalan Tentera AS Di Qatar

Next Post

Konflik Israel-Iran : Adakah Dunia Di Ambang Bahaya?

Related Posts