Netanyahu Mahu ‘Takluk’ Gaza dan Tebusan Dibebaskan

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar untuk terus berperang sehingga ‘menakluki’ Gaza dan membebaskan semua tebusan ditahan Hamas.

Katanya, dalam satu kenyataan video sempena Hari Peringatan Kebangsaan Israel atau ‘Yom HaZikaron’ semalam bagi mengenang askar dan orang awam yang terkorban dalam serangan.

“Demi mereka yang gugur dan untuk memperingati mereka, kita akan terus melaksanakan misi kemenangan, termasuk membawa pulang semua tebusan kita,” katanya.

Pada jam 8 malam waktu tempatan, siren dibunyikan di seluruh negara sebagai tanda penghormatan selama seminit kepada mereka yang terkorban.

Hari Peringatan itu sentiasa membawa makna mendalam kepada rakyat Israel, yang melalui banyak peperangan sejak negara itu ditubuhkan pada 1948.

Namun, sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 dan perang yang berlanjutan lebih 18 bulan di Gaza, hari ini memberi kesan yang lebih besar kepada ramai rakyat.

Ketua Angkatan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir, turut memberi jaminan bahawa usaha untuk membawa pulang tebusan akan terus dipergiatkan.

“Musuh kita tersilap menilai reaksi kita. Hamas juga tersalah anggap mengenai ketegasan kita untuk membawa pulang tebusan dan menewaskan mereka.

“Kedua-dua misi ini saling berkait rapat. Kita akan teruskan dan tingkatkan usaha sehingga kedua-duanya tercapai,” kata Zamir dalam ucapan semasa upacara peringatan di Baitulmaqdis.

Daripada 251 tebusan yang diculik semasa serangan itu, 58 masih ditahan di Gaza, termasuk 34 yang disahkan meninggal dunia oleh tentera Israel.

Seperti cuti keagamaan Yahudi, Hari Peringatan itu disambut dari waktu matahari terbenam sehingga malam keesokannya, dengan pelbagai upacara dijadualkan berlangsung di 52 tanah perkuburan tentera di seluruh negara.

Ia disambut sehari sebelum Hari Kemerdekaan Israel yang akan bermula pada petang ini.

Bagi rakyat Palestin, penubuhan negara Israel dikenang sebagai ‘Nakba’ atau malapetaka, yang menandakan pengusiran atau pelarian ratusan ribu penduduk Palestin dari tanah air mereka. – AFPDaripada 251 tebusan yang diculik semasa serangan itu, 58 masih ditahan di Gaza, termasuk 34 yang disahkan meninggal dunia oleh tentera Israel.

Seperti cuti keagamaan Yahudi, Hari Peringatan itu disambut dari waktu matahari terbenam sehingga malam keesokannya, dengan pelbagai upacara dijadualkan berlangsung di 52 tanah perkuburan tentera di seluruh negara.

Ia disambut sehari sebelum Hari Kemerdekaan Israel yang akan bermula pada petang ini.

Bagi rakyat Palestin, penubuhan negara Israel dikenang sebagai ‘Nakba’ atau malapetaka, yang menandakan pengusiran atau pelarian ratusan ribu penduduk Palestin dari tanah air mereka. – AFP

Sumber: Berita Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Puluhan Ribu Kanak-Kanak Di Gaza Derita Kelaparan Akibat Sekatan Kejam Israel

Next Post

Lebih 14,000 Pelajar Palestin Terbunuh Dalam Serangan Israel Sejak 7 Oktober

Related Posts