Puluhan Ribu Kanak-Kanak Di Gaza Derita Kelaparan Akibat Sekatan Kejam Israel

BANGI, 1 ZULKAEDAH — Lebih 65,000 kes kekurangan zat makanan akut dikesan dalam kalangan 1.1 juta kanak-kanak di Gaza, demikian menurut Pejabat Media Gaza.

Menurut laporan berkenaan, situasi itu berpunca daripada sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza secara berterusan yang dilakukan negara haram Israel.

“Ini menyebabkan penduduk di Gaza mengalami krisis kesihatan dan peningkatan kes kekurangan zat makanan terutama dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Israel juga dikecam kerana menggunakan kebuluran sebagai senjata untuk menghukum penduduk Gaza.

Ini ibarat terang lagi bersuluh negara haram itu berulang kali melanggar undang-undang antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan bahawa kanak-kanak Palestin di Gaza tidak lagi dapat menerima vaksin asas seperti polio akibat pengeboman, perpindahan besar-besaran dan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan.

Sebelum ini, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mengesahkan bahawa kempen vaksinasi polio terpaksa dihentikan.

Menurut jurucakapnya, Khalil Deqran berkata, beliau memberi amaran bahawa kegagalan membawa masuk vaksin dengan segera boleh membawa kepada ‘bencana sebenar’ kesihatan awam.

“Kanak-kanak dan pesakit tidak seharusnya dijadikan alat pemerasan politik,” tegasnya dalam satu kenyataan pada 22 April lalu.

Katanya, beliau menggesa campur tangan segera komuniti antarabangsa untuk membekalkan keperluan kesihatan asas kepada penduduk Gaza.

Justeru, Pejabat Media Kerajaan Gaza menyeru agar badan-badan antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap Israel dan memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan yang selamat dan berterusan.

“Masyarakat antarabangsa mesti bertindak segera bagi menghalang bencana yang lebih besar,” tambah kenyataan itu.

Sejak beberapa bulan lalu, Gaza berdepan sekatan ketat yang melumpuhkan sistem kesihatan, sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi bantuan antarabangsa terus menyuarakan kebimbangan terhadap nasib lebih dua juta penduduknya.

Sumber: Tv Pertiwi

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

65% Mangsa Terbunuh di Gaza Adalah Wanita, Kanak-Kanak dan Warga Emas

Next Post

Netanyahu Mahu ‘Takluk’ Gaza dan Tebusan Dibebaskan

Related Posts