Pembangunan Gaza, Malaysia Sokong Jepun Anjur Persidangan CEAPAD

PUTRAJAYA: Malaysia menyokong penuh insiatif Jepun menganjurkan persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai ini, khususnya berkaitan pembangunan semula Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata insiatif itu sangat bermakna bagi Malaysia.

“Dalam isu serantau, kami bersetuju untuk menyokong inisiatif Jepun untuk bersama-sama mempengerusikan mesyuarat menteri pada Julai (ini), sebuah persidangan kerjasama antara negara-negara Asia Timur untuk pembangunan Palestin.

“Ini khususnya berkaitan pembinaan semula Gaza dan Palestin, yang sangat bermakna bagi Malaysia dan juga banyak negara lain, termasuk umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba sempena lawatan rasmi pemimpin berkenaan ke Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar dan Ishiba bersama delegasi masing-masing mengadakan mesyuarat dua hala membincangkan kemajuan hubungan antara kedua-dua negara.

Mengulas lanjut mengenai isu terbabit, Anwar berkata, Malaysia dan Jepun akan menyokong inisiatif Sekretariat ASEAN (ASEC) dan akan berbincang dengan negara anggota untuk mengadakan mesyuarat serupa di Kuala Lumpur semasa Sidang Kemuncak ASEAN.

Sementara itu, Ishiba berkata, Malaysia adalah antara negara yang memiliki penduduk Islam terbesar dan berperanan sebagai jambatan penghubung antara Asia Tenggara dan Asia Barat.

“Berkaitan dengan situasi di Asia Barat, termasuk situasi di Gaza, serta memanfaatkan pengetahuan Asia Timur untuk mencapai kebebasan ekonomi di rantau berkenaan, kami bersetuju untuk bekerjasama demi keamanan dan kestabilan serantau,” katanya.- Berita Harian

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angka Korban Gaza Telah Mencecah 46,000 Orang

Next Post

Pegawai Kesihatan Dedah 4,500 Kes Amputasi Di Gaza

Related Posts