Iran Lancar 6 Peluru Berpandu Sasar Pangkalan Tentera AS Di Qatar

DOHA: Iran melancarkan enam peluru berpandu menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar, kurang 24 jam selepas memberi amaran tindak balas terhadap serangan tiga tapak nuklear di Fordow, Isfahan dan Natanz.

Letupan yang didengari di seluruh Doha turut mencetuskan panik orang awam dengan amaran keselamatan kini diletakkan pada tahap tertinggi.

Majlis Keselamatan Negara Iran menyifatkan serangan balas terbaharu ini adalah seimbang sepertimana bilangan peluru berpandu yang digunakan Amerika Syarikat dalam membedil kemudahan nuklear Iran.

Tehran turut memaklumkan serangan menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat tidak mengancam negara jiran di Teluk.

Pihak berkuasa Qatar berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Serangan Iran itu sekaligus mencetuskan kebimbangan berhubung potensi ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat. – REUTERS

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Gesa OIC Ambil Tindakan Tegas Isu Palestin dan Ketegangan Serantau

Next Post

Konflik Israel-Iran : Negara-Negara Arab Tutup Sementara Ruang Udara

Related Posts