“Saif al-Quds” bermaksud “Pedang al-Quds (Baitulmaqdis)” yang membawa simbol bahawa pertempuran ini dilakukan demi mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa dan kota Al-Quds daripada pencabulan rejim Zionis.
Peperangan ini telah bermula pada 06 Mei 2021 sehingga 21 Mei 2021 di antara Israel dengan Palestin sehingga terciptanya sejarah apabila Palestin menang dalam peperangan tersebut walaupun berdepan dengan pelbagai kemusnahan dan kehilangan nyawa.