Peperangan Ain Jalut

Peperangan Ain Jalut
Peperangan Ain Jalut (Mata Air Jalut) berlaku pada 3 September 1260 antara pasukan tentera Mamluk Mesir dengan pasukan tentera Mongol di Palestin, iaitu di Lembah Jezreel, Galilee.
.
Peperangan Ain Jalut menandakan buat kali pertama tentera Mongol gagal mengalahkan musuh mereka. Pasukan tentera Mongol dipimpin oleh panglima Kitbuga manakala pasukan tentera Mamluk dipimpin oleh Sultan Saifuddin Qutuz.
.
Peperangan Ain Jalut juga dikenali sebagai peperangan terawal yang melibatkan penggunaan meriam tangan (Arab: midfa’). Bahan-bahan letupan ini digunakan Mamluk Mesir untuk menakutkan kuda dan pasukan berkuda Mongol dan menyebabkan barisan Mongol menjadi kucar-kacir sehingga mereka berjaya memukul mundur pasukan tentera Mongol.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿: Wikipedia
#hariinidalamsejarah
__
Berita terkini saudara kita di Palestin.
Tekan butang Join sekarang.
t.me/bumimikraj
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masjid Al-Ibrahimi diancam: Projek Terancang Memadamkan Islam di Hebron

Next Post
Salah Satu Pintu Syurga

Salah Satu Pintu Syurga

Related Posts