5-10 Jun 1967 | Naksah Palestin

5-10 Jun 1967

Selain daripada peristiwa hitam An-Nakbah yang menandakan bermulanya penjajahan Zionis ke atas bumi Palestin pada 15 Mei 1948, satu lagi tragedi besar yang sering dilupakan iaitu peristiwa An-Naksah.

An-Naksah, yang bermaksud Hari Kekalahan, merujuk kepada Perang Enam Hari antara Israel dan negara-negara Arab iaitu Mesir, Syria dan Jordan yang berlaku pada 5 hingga 10 Jun 1967.

Dalam peperangan singkat ini, ketiga-tiga negara tersebut yang pada asalnya bersatu untuk membebaskan Palestin akhirnya tewas kepada Israel, malah kehilangan sebahagian besar wilayah mereka sendiri.

Tragedi ini menyaksikan Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya jatuh ke tangan penjajah Zionis dan ia kekal dijajah sehingga hari ini.

Sesungguhnya membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin adalah amanah ummah. Perjuangan ini belum selesai dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus peduli, berdoa, dan menyumbang demi pembebasannya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

29 Mei 1453 | Pembukaan Konstantinopal

Next Post

07 Julai 2014 | Perang Al-Asfim Ma’kul

Related Posts