Perang Di Gaza Ancaman Asas Terhadap Orde Antarabangsa – Agensi PBB

GENEVA – Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin memberi amaran bahawa perang di Gaza telah meningkat melangkaui tahap malapetaka kemanusiaan sambil menyifatkannya sebagai ancaman asas terhadap orde antarabangsa yang berteraskan peraturan serta menggesa tindakan segera oleh negara-negara, lapor Anadolu.

“Seluruh keluarga, seluruh kejiranan, seluruh generasi sedang dihapuskan di Gaza,” kata Philippe Lazzarini menerusi platform X, merujuk kepada ucapannya pada Persidangan Tergempar Bogota.

“Ratusan kakitangan UNRWA, rakan sekerja dan sahabat kami telah terbunuh. Bantuan disekat. Orang awam tidak dilindungi,” tambahnya.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA itu menegaskan bahawa perang di Gaza “bukan sahaja satu malapetaka kemanusiaan, malah ia adalah krisis terhadap orde antarabangsa berteraskan peraturan,” sambil menekankan kepentingan tindakan kolektif oleh negara-negara.

Dalam konteks ini, Lazzarini menyambut baik penubuhan Kumpulan The Hague, sebuah gabungan negara anggota yang komited menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam Palestin di tengah-tengah pelanggaran norma kemanusiaan yang meluas.

“Ini adalah detik yang memerlukan keberanian. Saya menggesa negara-negara anggota supaya bertindak demi rakyat Gaza,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

20 Orang Lagi Terbunuh Akibat Tembakan Israel Di Pusat Bantuan Selatan Gaza

Next Post

H4G Sasar Sejuta Rakyat Sertai Himpunan Solidariti Gaza 9 Ogos Ini

Related Posts