Israel Didakwa Curi 17,000 Artifak Arkeologi Dari Muzium Al-Basha Di Gaza

GAZA – Pihak berkuasa Palestin mendakwa tentera Israel mencuri lebih 17,000 artifak arkeologi dari Muzium Istana Al-Basha di Bandar Gaza sepanjang dua tahun serangan ke atas wilayah itu.

Bangunan era Mamluk berusia ratusan tahun itu dibom pada Disember 2023 sebelum diratakan dengan jentolak dan hanya 20 artifak ditemui semula di tapak runtuhan.

Penyelia restorasi arkeologi muzium tersebut, Hamouda al-Dahdar berkata, muzium Al-Basha sebelum ini menyimpan artifak dari era Mamluk, Uthmaniyyah, Byzantine, Rom dan zaman prasejarah.

Beliau menegaskan, kehilangan besar itu berpunca daripada tindakan pasukan Israel yang didakwa memindahkan artifak sebelum bangunan musnah sepenuhnya.

Al-Basha yang dibina pada abad ke-13, pernah berfungsi sebagai kubu, kediaman pemerintah dan kemudian muzium yang menempatkan tembikar, syiling serta pelbagai peninggalan purba.

Kini, struktur bersejarah itu hanya tinggal runtuhan selepas operasi ketenteraan.

Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin mendakwa pemusnahan muzium itu sebahagian daripada ratusan tapak arkeologi lain yang dimusnahkan tentera Israel, yang menurut mereka bertujuan memadam identiti serta warisan sejarah Palestin. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 900,000 Pelarian Gaza Berdepan Ancaman Banjir Besar

Next Post

Pengetua Sekolah Terbunuh Dalam Serangan Dron Israel Di Selatan Lubnan

Related Posts