Kerajaan Rejim Israel lancar tender untuk bina 91 unit penempatan haram di Qalqilya

Pihak berkuasa rejim Israel telah melancarkan dua tender untuk memasarkan tanah bagi tujuan membina 91 unit penempatan baharu di penempatan Ornit yang terletak di atas tanah wilayah Qalqilya di utara Tebing Barat yang dijajah, dalam awal November ini, terdiri daripada 86 unit dalam projek pembinaan perumahan bertingkat dan lima unit pembinaan rendah.

Lembaga Penentangan Tembok dan Penempatan (هيئة مقاومة الجدار والاستيطان) menjelaskan bahawa tender bernombor 224/2026, yang diterbitkan pada 5 November itu, merangkumi pemasaran empat kompleks untuk membina 86 unit penempatan, dengan 15 haribulan ini ditetapkan sebagai tarikh mula penyerahan tawaran, dan 21 Disember depan sebagai tarikh akhir untuk menerimanya.

Lembaga itu menyatakan bahawa penerbitan tender itu didahului oleh penyediaan buku panduan terperinci dan permulaan penerimaan tawaran, yang bermaksud pengiraannya berkait dengan tarikh penerbitan yang diumumkan, bukan dengan tarikh pembukaan permohonan.

Dalam konteks yang sama, tender bernombor 228/2026, yang diterbitkan pada 3 November, merangkumi tiga kompleks yang diperuntukkan bagi pembinaan lima unit penempatan rendah.

Pihak berkuasa rejim menetapkan 16 haribulan ini sebagai tarikh mula penyerahan tawaran, dan 29 Disember depan sebagai tarikh penutupannya, manakala buku panduan tender tersebut belum diterbitkan sehingga 5 November.

Dengan itu, jumlah keseluruhan unit penempatan yang ditawarkan dalam kedua-dua tender di penempatan Ornit mencapai 91 unit, teragih kepada tujuh kompleks, menurut data Lembaga yang menegaskan bahawa angka-angka ini mencerminkan jumlah tawaran yang diumumkan, dan tidak bermaksud permulaan kerja pembinaan atau penganugerahan tender kepada syarikat pelaksana.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa pendudukan telah menangguhkan tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi tender bernombor 460/2025, yang merangkumi 2,167 unit penempatan dalam projek E1 yang terletak di timur Baitulmaqdis yang dijajah, berhampiran penempatan Ma’ale Adumim.

Menurut kemas kini bertarikh 5 November, tarikh penyediaan buku panduan tender dan pembukaan permohonan telah dipindahkan dari 25 Oktober lalu kepada 1 Disember depan, dan tarikh akhir penerimaan tawaran juga dilanjutkan dari 21 kepada 28 Disember.

Lembaga itu menegaskan bahawa pindaan tersebut terhad kepada tarikh-tarikh masa sahaja, tanpa melibatkan pembatalan tender atau pengurangan bilangan unitnya, sekali gus jumlah keseluruhan unit yang ditawarkan dalam kedua-dua tender projek E1 kekal pada 3,401 unit penempatan, merangkumi 2,167 unit dalam tender bernombor 460/2025, di samping 1,234 unit dalam tender bernombor 186/2026.

Sumber:
https://palinfo.com/news/2026/11/05/1122975/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Deklarasi Balfour 1917: Bagaimana Sepucuk Surat British Mengubah Sejarah Palestin?

Next Post

Rejim terus menyasarkan acara warisan dan budaya di Baitulmaqdis

Related Posts