Angka Kematian Di Gaza Kini Mencecah 64,455 Orang

GAZA, 8 September – Angka korban di Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 64,455 orang sejak tercetusnya konflik antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Dalam tempoh 24 jam lalu, hospital di seluruh Gaza merekodkan 87 kematian dan 409 kecederaan, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa cedera setakat ini seramai 162,776 orang.

Pihak berkuasa kesihatan turut memaklumkan lima lagi penduduk Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, meninggal dunia akibat kebuluran dalam tempoh sama.

Jumlah kematian berpunca daripada kebuluran dan kekurangan zat makanan kini meningkat kepada 387 orang, antaranya 138 kanak-kanak. -REUTERS

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza Terus Diserang, Penduduk Hilang Tempat Tinggal

Next Post

Perang Gaza: Trump Keluarkan Amaran Terakhir Kepada Hamas

Related Posts