
Pengarah Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza mengecam arahan Israel yang mahu mengosongkan hospital tersebut.
Husam Abu Safiya berkata arahan tersebut tidak munasabah apabila ratusan pesakit masih kritikal untuk dirawat, lapor Reuters.
“Kami kini mempunyai hampir 400 orang awam di dalam hospital, termasuk bayi dalam unit neonatal, yang bergantung kepada oksigen dan inkubator.
“Kami tidak boleh memindahkan pesakit ini dengan selamat tanpa bantuan, peralatan dan masa mencukupi.
“Kami menghantar mesej ini di saat pengeboman berat dan sasaran ke tangki bahan api yang jika terkena akan menyebabkan letupan besar dan kematian orang awam,” katanya.
Hospital Kamal Adwan merupakan hospital terakhir yang masih beroperasi di Utara Gaza.
Terletak di Beit Lahiya, pesakit di hospital itu sangat mustahil untuk dipindahkan kerana bilangan ambulans yang tidak mencukupi.
Tentera Israel bagaimanapun mendakwa lebih 100 pesakit dan petugas sudah dipindahkan dengan kerjasama pasukan Palang Merah.
Hospital Kamal Adwan terus menerima tekanan tentera Zionis sejak tiga bulan lalu dalam usaha mereka menjadikan premis itu sebagai markas operasi tentera. – Tv Pertiwi
#beritahariini #bumimikraj
‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj