Ratusan Pendatang Yahudi Ceroboh Kawasan Masjid Al-Aqsa

TEBING BARAT: Lebih daripada 480 peneroka Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel, menurut laporan Wafa.

Mereka melaksanakan ritual Talmudic dan menjalankan “lawatan provokatif”, kata agensi itu, sambil menambah bahawa mereka memasuki kawasan tersebut secara berkumpulan melalui Pintu Mughrabi di Tembok Barat.

Sementara itu, pengganas Israel mengenakan sekatan terhadap jemaah Palestin yang cuba memasuki masjid, memeriksa kad pengenalan mereka dan menahan beberapa orang di pintu masuk, tambah laporan itu.

Walaupun upacara agama Yahudi dilarang di lokasi tersebut, penduduk haram Yahudi sering memasuki tapak itu di bawah perlindungan polis.

Al-Aqsa adalah tempat ketiga paling suci dalam Islam dan simbol identiti nasional Palestin. AL JAZEERA, Foto Buletin Tv3

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Gaza Hadapi Krisis Kebuluran Sedangkan Bantuan Bertimbun Di Luar” – EU Lahbib

Next Post

Delegasi Hamas Akan Ke Qatar Sambung Rundingan Gencatan Senjata

Related Posts