Bekas Ketua Tentera Israel Dedah Angka Korban Gaza Melebihi 200,000 Orang

TEL AVIV: Bekas Ketua Turus Tentera Israel, Herzi Halevi, mendedahkan lebih 200,000 rakyat Palestin terbunuh atau cedera dalam perang berlarutan rejim Zionis ke atas Gaza.

Pendedahan itu bermakna lebih 10 peratus daripada keseluruhan penduduk Gaza menjadi mangsa, lapor The Guardian.

Halevi turut mengesahkan sepanjang 17 bulan mengetuai pasukan tentera, beliau tidak pernah sekali pun disekat oleh penasihat undang-undang ketenteraan daripada membuat keputusan operasi, lapor Al Jazeera.

Kenyataan itu seiring dengan angka korban yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Gaza, yang walaupun sering ditolak Israel, namun ia tetap dianggap sahih oleh badan antarabangsa.

Penganalisis ketenteraan menilai kenyataan Halevi sebagai bukti bahawa penasihat undang-undang tentera Israel sekadar formaliti tanpa kuasa sebenar untuk menyekat serangan, biarpun ia mengorbankan orang awam dalam jumlah besar serta menyebabkan perpindahan beramai-ramai penduduk Palestin. AGENSI

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penduduk Gaza Kini Dalam Situasi Amat Kritikal

Next Post

Sukarelawan Global Sumud Flotilla Lanjutkan Pelayaran Dari Itali Ke Gaza

Related Posts