Angka Korban Di Gaza Cecah 55,706, Manakala Lebih 130,000 Cedera

GAZA, 20 Jun – Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza akibat serangan berterusan Israel, kini mencecah 55,706 orang.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan, mangsa yang cedera pula kini seramai 130,101 orang setakat Khamis.

Menurutnya, dalam tempoh 24 jam lalu, serangan Israel telah mengorbankan 69 nyawa dan mencederakan 221 orang.

Konflik kemanusiaan di wilayah Palestin itu terus merosot akibat kekejaman zionis.

Pada Khamis, tentera Israel dilaporkan telah mengebom sekumpulan rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di kawasan tengah Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan ramai lagi cedera. – REUTERS

Sumber: Berita RTM

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

ATM Sedia Laksana Operasi Pemindahan Rakyat Malaysia Dari Iran

Next Post

Rusia Tegas Ingatkan AS Agar Tidak Campur Tangan Konflik Israel-Iran

Related Posts