
GAZA, 23 ZULKAEDAH — Seorang atlet paralimpik Palestin yang kehilangan kaki dalam serangan udara Israel pada 2014 terbunuh dalam serangan peluru berpandu terbaharu di Khan Younis, minggu ini.
Mangsa, Ahmad al-Dali, 33, merupakan ahli pasukan berbasikal paralimpik Gaza Sunbirds yang ditubuhkan pada tahun 2020.
Beliau juga aktif dalam sukan bola sepak dan dikenali ramai atas semangat juangnya menentang ketidakupayaan fizikal.
“Kematian Ahmad amat menyedihkan. Sepanjang hidupnya, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk bersukan kerana tidak mahu hanya dikenali sebagai individu yang kehilangan kaki,” kata Karim Ali, pengasas bersama Gaza Sunbirds.
Ali mendedahkan bahawa al-Dali antara yang paling menderita sejak serangan Israel pada 2014 yang mengorbankan banyak nyawa.
Malah, beliau pernah disangka maut dan dimasukkan ke bilik mayat sebelum disedari masih hidup.
Walaupun bergelar atlet, al-Dali terpaksa bergelut demi menyara isteri dan empat anaknya.
Beliau tidak menerima sebarang bantuan kecacatan daripada kerajaan, sebaliknya hanya mampu menyara keluarga dengan bekerja sebagai mekanik basikal sebelum perang tercetus.
Sumber: Tv Pertiwi
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj