Dr. Jamilah Al-Shanti, Wanita Darah Pejuang yang Syahid Dalam Taufan Al-Aqsa

Beliau adalah Dr. Jamilah Al-Shanti, seorang tokoh wanita dalam pergerakan Hamas dan ahli wanita pertama yang dilantik ke dalam Biro Politik organisasi tersebut.

Al-Shanti dikenali sebagai pengasas pergerakan wanita Hamas serta seorang pemimpin yang lantang memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin.

Dilahirkan pada tahun 1955, Al-Shanti memiliki latar belakang akademik yang cemerlang. Pada tahun 2013, beliau memperoleh gelaran doktor dalam bidang Pentadbiran Pendidikan dari Kolej Farah bagi Sains Keluarga di Universiti Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Karier politiknya bermula dengan pemilihannya sebagai ahli Majlis Perundangan Palestin pada tahun 2006 di bawah Blok Perubahan dan Reformasi yang bernaung di bawah Hamas. Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita dalam kerajaan Hamas yang ketika itu mentadbir Gaza.

Nama Dr. Jamilah Al-Shanti mendapat perhatian antarabangsa apabila beliau mengetuai perhimpunan wanita Palestin pada 3 November 2006 di bandar Beit Hanoun, utara Gaza.

Perhimpunan itu berjaya menembusi sekatan yang dikenakan oleh tentera Israel di sekitar sebuah masjid. Beberapa hari selepas kejadian tersebut, rumahnya menjadi sasaran serangan udara Israel, menyebabkan kematian iparnya, Nahla Al-Shanti, serta dua individu lain. Namun, beliau terselamat kerana tidak berada di rumah ketika serangan berlaku.

Dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza pada tahun 2024, rumah Dr. Jamilah Al-Shanti sekali lagi menjadi sasaran, dan kali ini beliau gugur syahid. Pemergiannya menandakan kehilangan besar buat Hamas dan rakyat Palestin, khususnya dalam perjuangan wanita Palestin yang terus berdepan dengan penjajahan dan penindasan. – Dunia Palestin

#bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MACSA Dakwa Belum Terlambat Gantung Keahlian Israel Dari PBB

Next Post

Ketamakan Amerika Terhadap Gaza: Masih Mahu Berdiam Diri?

Related Posts