Dua Terowong Telah Dimusnahkan Oleh IDF Di Selatan Dan Tengah Gaza

GAZA – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa anggotanya meranapkan dua terowong di selatan dan tengah Gaza.

Menerusi sebuah rakaman video dikeluarkan pada Rabu, kedua terowong tersebut dimusnahkan melalui kaedah letupan.

Menurut satu kenyataan IDF, terowong berkenaan didakwa mempunyai panjang sekitar dua kilometer.

Jelasnya, operasi pemusnahan tersebut dilaksanakan baru-baru ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan bahawa lebih daripada 45,361 rakyat Palestin terbunuh.

Manakala 107,803 lagi cedera dalam serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. – Awani

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

IDF Dakwa Akan Terus Kawal Keselamatan & Wujudkan Zon Penampan Di Gaza

Next Post

Kita Dan Baitul Maqdis. Kenapa Perlu Bela Nasib Palestin?

Related Posts