Gaza Terus Dibedil, Rundingan Gencatan Senjata Diteruskan Di Doha

GAZA, 20 Julai – Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di utara Gaza berhampiran sempadan dengan Israel pada malam Ahad, ketika rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas sedang berlangsung di Doha, Qatar.

Tentera Israel melakukan serangan di bahagian utara Gaza termasuk perluasan serangan di Bandar Gaza menerusi serangan darat dan udara.

Israel dan Hamas kini terlibat dalam rundingan tidak langsung bagi mencapai cadangan gencatan senjata selama 60 hari seperti yang dikemukakan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada petunjuk berlakunya kemajuan dalam rundingan tersebut.

Letupan itu berlaku pada hari sama apabila sekurang-kurangnya 67 rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan tentera Israel ketika sedang menunggu bantuan kemanusiaan Pertubuhnan Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza Utara.

Lebih 21 bulan konflik berterusan, ia telah mencetuskan krisis kebuluran yang semakin memburuk di Gaza. – REUTERS

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Puluhan Ribu Rakyat Maghribi Protes Demi Gaza, Tolak Normalisasi Dengan Israel

Next Post

Kapal Bantuan Belayar Dari Itali Menuju Gaza, Cuba Tembusi Sekatan Israel

Related Posts