Tiada Rundingan Dengan AS Selagi Israel Terus Menyerang – Menteri Luar Iran

TEHRAN / GENEVA: Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi menolak sebarang bentuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) selagi Israel meneruskan serangan ke atas negaranya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama televisyen rasmi Iran yang disiarkan pada Jumaat.

“Amerika telah berulang kali menghantar mesej menyatakan kesediaan serius untuk berunding. Namun, kami telah menjelaskan bahawa selagi tindakan ganas ini tidak dihentikan, tiada ruang untuk diplomasi dan dialog,” kata beliau.

Araqchi terdahulu menyifatkan AS sebagai “rakan jenayah” Israel.

Beliau dijadualkan menghadiri rundingan bersama rakan sejawatnya dari Eropah termasuk Perancis, Jerman dan Britain di Geneva hari ini berhubung program nuklear Iran dan akan menyampaikan ucapan pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jurucakap PBB, Alessandra Vellucci, memaklumkan Daniel Meron, Duta Israel ke PBB di Geneva, akan berada di luar dewan Majlis untuk menyampaikan kenyataan media mengenai Iran.

Israel menarik diri daripada menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB setelah mengambil keputusan untuk memboikot majlis tersebut atas alasan berlaku “anti-semitik” terhadapnya.

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PBB Kekalkan Israel Dalam Senarai Hitam Pelaku Keganasan Terhadap Kanak-Kanak

Next Post

Kanak-Kanak Gaza Berisiko Mati Kehausan Akibat Kemarau Buatan Manusia – UNICEF

Related Posts