32 Red crypto casino bonus codes

  1. Casino Welcome Bonuses UK: 2026 Guide and Best Offers: I got a small shark, a turtle, a green and a red fish (sorry, I don't know the exact species) and then a wild, orange octopus.
  2. Ethereum Casinos UK: Play with ETH in 2026 - You can get data about your gameplay, your wins, and losses, or your most played games.
  3. Independent Casinos Not on GamStop: Top Sites for 2026: The regular wilds substitute for all symbols, except the yellow triangle scatter symbol, and they only appear on reels 2, 3 and 4.

Free playing slots machines

Free Daily Spins UK 2026: Best No Wager Offers
Belgium is not the only country that has decided to incorporate certain restrictions in terms of the iGaming ban.
Ivy Casino Review 2026: A No-Nonsense Look at Games, Bonuses, and Fair Play
After three wins in a row, you should be paying attention, but you shouldnt push your luck too hard, take your money off the table after seven or eight wins in a row.
Give Bet It All a try for yourself see what can be expected.

Online cryptocurrency casino portal

Article
We understand that the real thrill of online casino gaming comes from actually playing the games.
70 Free Spins No Deposit No Wager: Rare But Real
If you want more benefits, however, you can go in for a second code with your second deposit, WELCOME-2 for GBP, AUD and EUR, and WELCOME2 for AUD.
New Casino Sites in 2026: Are They Worth the Risk?

Genosid Zionis: Pendidikan Bangsa Palestin Dihapus Secara Terancang

PAKAR sejarah dan sains politik, Prof Ilan Pappe secara konsisten hingga kini menyifatkan gerakan zionis ke atas Palestin sejak 1948 sebagai agenda penghapusan etnik atau genosid.

Abad ke-21 menyaksikan peningkatan genosid oleh zionis berlaku secara eksponen, sekali gus menyaksikan jumlah kematian rakyat Palestin bukan kepalang.

Genosid sudah pun berlaku di perkampungan Deir Yassin pada 1948 sebelum pengisytiharan Israel, lalu diikuti siri genosid termasuklah Tragedi Sabra Shatila 1982 dengan kematian lebih 3,000 orang.

Sejak 7 Oktober 2023 hingga minggu ini, seramai 34,596 warga Palestin terbunuh iaitu dengan kadar kematian sekitar 190 orang dalam sehari. Majoriti adalah kanak-kanak dan wanita. Mereka tidak bersenjata dan tidak terlatih sebagai ahli pasukan tentera.

Malangnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru mengakui tindakan Israel ke atas jumlah kematian mencanak naik sebagai genosid. Lebih malang apabila arahan gencatan senjata tidak diendahkan Israel sungguhpun segala bukti yang ada bersifat ‘sudah terang lagi bersuluh’.

Dalam sejarah manusia yang panjang, genosid mengarah kepada proses ‘scholasticide’, bermaksud penghapusan pendidikan dan kesarjanaan sesuatu bangsa secara terancang, membabitkan penghapusan institusi pendidikan mahupun sarjana dan guru.

Istilah ‘scholasticide’ dicipta Prof Karma Nabulsi dari Universiti Oxford ketika serangan Israel ke atas Gaza sekitar 2008-2009. Sejak Disember 2023 hingga awal Januari lalu, kira-kira 75 peratus daripada infrastruktur pendidikan formal Gaza dimusnahkan zionis.

Zionis musnahkan kampus, universiti

Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO), 12 universiti Gaza atau lebih tepat, 14 kampus dimusnahkan tentera rejim Israel manakala 94 profesor maut. Barangkali inilah populasi paling terpelajar di dunia, memiliki 12 universiti dalam populasi 2.5 juta orang.

Ini termasuk universiti tertua di Gaza, Universiti Islam Gaza melahirkan ramai intelektual, teknokrat dan cendekiawan di samping pejuang kemerdekaan.

Universiti lain ialah Universiti al-Aqsa, Universiti al-Azhar (Cawangan Gaza), Universiti Terbuka al-Quds, Universiti Gaza, Universiti Israa, Kolej Teknikal Palestin, Kolej Universiti Sains Gunaan, Universiti Palestin, Pusat Latihan Gaza dan Universiti Hassan.

Universiti Islam Gaza, Universiti al-Azhar, dan Universiti Terbuka al-Quds cawangan Gaza Utara musnah sepenuhnya dengan dewan kuliah, perpustakaan dan pejabat ranap sama sekali.

Selain itu, lebih 239 sekolah kerajaan dan 50 sekolah kendalian PBB mengalami kemusnahan sekali gus menyebabkan membunuh beribu-ribu pelajar, kakitangan dan pendidik manakala lebih 88,000 anak-anak di Gaza tiada akses kepada pembelajaran formal. Institusi prasekolah turut lumpuh.

Serangan udara Israel antara lain membunuh saintis terkemuka dunia, Sufyan Tayeh serta penyair terkemuka dan profesor kesusasteraan Inggeris, Refaat Alareer. Ketika Perang al-Furqan pada 2008 banyak pusat pendidikan formal mengalami kemusnahan tanpa sebarang alasan konkrit.

Dalam Perang Hijarat al-Sijjil 2012, pihak Israel mengebom dan menghancurkan 1,700 rumah rakyat Palestin di samping puluhan masjid, tanah perkuburan, sekolah, universiti dan pejabat media.

Kemudian, Perang al-Asfim Ma’kul pula tercetus akibat kemarahan rakyat Palestin terhadap penculikan, penderaan dan pembakaran kanak-kanak Palestin, Mohammed Abu Khdeir pada 2 Julai 2014.

Dalam peperangan ini, sebahagian daripada enam buah universiti telah musnah akibat roket dan peluru berpandu Israel termasuk176 sekolah kerajaan, lima sekolah persendirian, dan 76 sekolah kendalian PBB. Pada 30 Julai 2014, Israel tanpa henti mengebom masjid dan sekolah mengakibatkan 129 orang maut dan mencederakan 400 orang awam.

Pemusnahan secara sistematik pendidikan dari peringkat prasekolah hingga ke menara gading didapati mempunyai hubungan intim dengan genosid. Contoh paling klasik ialah pemusnahan Baitul Hikmah di Baghdad sewaktu serangan genosid ke atas Baghdad dan Kerajaan Abbasiyah oleh tentara Mongol pada 1258.

Baitul Hikmah ialah perpustakaan dan pusat penterjemahan terunggul di dunia pada zaman itu. Karya agung dari Yunani, China dan India diterjemahkan di situ manakala al-Khawarizmi antara tokoh ilmuwan pernah bertugas di tempat itu.

Pada abad ke-20, genosid dan scholasticide berlaku di Bosnia-Herzegovina. Sistem pendidikan formal pernah lumpuh bersama kematian 250,000 orang dalam tempoh 1992-1994.

Pada 1992, Perpustakaan Universiti dan Negara Bosnia di Sarajevo dibakar. Sekitar 1.5 juta buku musnah termasuk 155,000 buku nadir.

Apa yang jelas, genosid barangkali merujuk kepada pemusnahan fizikal dan mental populasi tertentu, manakala scholasticide merujuk kepada pemusnahan intelektual, sejarah serta budaya.

Scholasticide di Gaza dan di Palestin didapati mahu memusnahkan warga Palestin juga Arab hingga ke akar umbi, supaya kelak tiada lagi kebangkitan semula golongan tertindas.

Teknik Israel ini sudah digunakan secara berkesan oleh kolonial sebelum ini. Sebagai contoh, Red Indian tidak lagi dihayati sebagai kaum pribumi di Amerika Utara.

Begitu juga dengan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dan Portugal yang dinafikan kewujudan dan keunggulannya dari 711 hingga 1492, ironinya abad kelima hingga ke-11 dianggap sebagai Zaman Gelap Eropah.

Bagaimanapun, kita yakin dan percaya pembebasan Palestin akan terus berjaya manakala genosid dan scholasticide bakal berakhir. Sungguhpun universiti di Gaza mahu dikuburkan, universiti di Barat bangkit memberikan tekanan kepada pakatan progenosid dan scholasticide, membentuk gerakan barangkali boleh diungkap sebagai ‘scholahitide’.

Oleh Dr Zulkifli Khair,
Penulis adalah Pensyarah Fakulti Sains Sosial &Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
Disiarkan pada: Mei 8, 2024

Sumber : Berita Harian

#bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mesir Takkan Terlibat Dalam Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Next Post

Ketua Tentera Hamas, Mohammed Deif Telah Disahkan Syahid

Related Posts