
GAZA CITY: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, hari ini memaklumkan sedang meneliti cadangan daripada pihak perantara berhubung gencatan senjata dengan Israel di Gaza.
Ia susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bahawa Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama 60 hari.
Dalam satu kenyataan, Hamas memaklumkan pihaknya sedang menjalankan perbincangan peringkat nasional bagi membincangkan apa yang diterima daripada cadangan pihak perantara.
Hamas turut menyatakan hasratnya untuk mencapai satu persetujuan yang menjamin penamatan pencerobohan, pengunduran (Israel dari Gaza) serta pemberian bantuan segera kepada rakyatnya di Semenanjung Gaza.
Sumber: Buletin Tv3