Hanya 20 Peratus Bekalan Gas Masuk, Penduduk Gaza Terus Terhimpit

BANGI, 17 SYAABAN – Krisis gas memasak di Semenanjung Gaza terus berlarutan walaupun perjanjian gencatan senjata telah berkuat kuasa, apabila bekalan gas yang dibenarkan masuk masih jauh daripada keperluan sebenar penduduk.

Pihak Berkuasa Petroleum Am Gaza dalam satu kenyataan media berkata, sejak bermulanya gencatan senjata hingga 31 Januari, hanya 307 lori gas dibenarkan masuk ke Gaza dengan jumlah keseluruhan sekitar 6,458 tan.

Jumlah tersebut tidak melebihi 20 peratus daripada keperluan sebenar Gaza, sekali gus gagal menyelesaikan krisis gas memasak dan terus membebankan kehidupan harian rakyat, katanya.

Pihak berkuasa imendakwa, rejim pendudukan Israel mengamalkan dasar “titis demi titis” dengan sengaja melengah-lengahkan kemasukan barangan keperluan asas dan bantuan kemanusiaan ke wilayah tersebut.

Katanya, persefahaman politik serta perjanjian terkini menetapkan kira-kira 1,500 lori gas sepatutnya dibenarkan masuk ke Gaza dalam tempoh sama, namun hanya 307 lori direkodkan setakat ini.

Keadaan itu, menurutnya, mencerminkan kegagalan mematuhi komitmen yang dipersetujui serta corak kelewatan yang berterusan di bawah sekatan Israel.

Pihak Berkuasa Petroleum Gaza turut memaklumkan bahawa sebanyak 40 lori gas memasuki Gaza minggu lalu, iaitu jumlah mingguan tertinggi sejak gencatan senjata bermula, namun masih jauh di bawah paras minimum yang diperlukan.

Menurut anggaran pihak berkuasa itu, Gaza memerlukan antara 80 hingga 100 lori gas setiap minggu bagi memenuhi keperluan penduduk, dengan penggunaan gas memasak harian sekitar 260 tan.

Sumber: Tv Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

24 Lagi Terbunuh Di Gaza Akibat Serangan Israel

Next Post

Misi Flotilla Global Sumud Rancang Berlepas Semula Ke Gaza 29 Mac Ini

Related Posts