
TEHRAN: Iran mengutuk serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklear dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak.
Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan berkata negara itu berhak untuk menentang ‘pencerobohan AS dan jenayah yang dilakukan’ dalam mempertahankan keselamatan negaranya berikutan serangan itu.
Iran juga meminta negara anggota PBB mengutuk serangan AS dan menggesa sekatan dilakukan bagi mengelak serangan lebih meluas, selain memberi amaran keadaan itu boleh memberi kesan besar kepada kestabilan serantau serta global.
Menjelaskan hak Iran untuk bertindak balas, Araghchi berkata, ia selaras dengan Piagam PBB dan peruntukannya yang membenarkan tindak balas yang sah bagi mempertahankan diri, Iran ada semua pilihan untuk mempertahankan kedaulatan, kepentingan, dan rakyatnya.
Delegasi Iran ke PBB secara rasmi turut menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB untuk membincangkan serangan AS.
Dalam surat yang diserahkan kepada Majlis Keselamatan PBB, delegasi Iran menggesa ‘tindakan segera dan mengambil langkah perlu di bawah rangka kerja Piagam PBB’.
Surat itu menekankan keperluan untuk mempertanggungjawabkan ‘penjenayah terbabit sepenuhnya’, bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada hukuman.
Sumber: Berita Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj