Iran Terlibat Dalam Rundingan Tebusan Di Gaza – Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa Iran terbabit dalam rundingan bagi mencapai perjanjian gencatan senjata sebagai pertukaran kepada pembebasan tebusan antara Israel dan Hamas.

“Gaza kini berada dalam fasa rundingan besar antara kami, Hamas dan Israel. Iran juga sebenarnya terbabit, dan kita akan lihat apa yang berlaku di Gaza.

“Matlamat kami ialah membawa pulang tebusan,” kata Trump kepada pemberita dalam satu acara di Bilik Jamuan Negara, Rumah Putih.

Trump tidak memberikan butiran lanjut, dan Rumah Putih juga tidak memberikan sebarang maklum balas segera berhubung pembabitan Iran.

Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York juga tidak memberikan sebarang komen serta-merta.

AS sebelum ini mencadangkan gencatan senjata selama 60 hari antara Israel dan Hamas. Israel menyatakan kesediaan untuk mematuhi syarat itu.

Namun Hamas setakat ini menolak cadangan berkenaan kerana Israel menuntut Hamas meletakkan senjata tetapi tenteranya enggan meninggalkan Gaza.

Berdasarkan cadangan itu, 28 tebusan Israel, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, akan dibebaskan pada minggu pertama, sebagai pertukaran kepada pembebasan 1,236 tahanan Palestin serta pemulangan 180 mayat rakyat Palestin.

AS dan Iran juga sedang berunding secara berasingan berkaitan program nuklear Tehran. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angka Korban Gaza Telah Mencecah Lebih 54,880 Orang

Next Post

Di Sebalik Misi Kapal Madleen Flotilla Inspirasi Dari Pejuang Gaza, Madleen Kullab

Related Posts