
TEHRAN: Iran menyuarakan keraguan terhadap kesediaan Israel mematuhi perjanjian gencatan senjata yang mengakhiri perang selama 12 hari antara kedua-dua negara sekali gus dan memberi amaran akan bertindak balas sekiranya diserang semula.
Kenyataan itu dibuat enam hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan gencatan senjata antara kedua-dua pihak, susulan konflik terburuk sejak sekian lama.
Pertempuran bermula pada 13 Jun lalu apabila rejim Zionis terlebih dahulu melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran, menyasarkan panglima tentera dan saintis yang didakwa terlibat dalam program nuklear Iran.
Israel mendakwa tindakanya itu bertujuan menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear, namun Tehran berulang kali menegaskan program nuklearnya adalah untuk tujuan aman dan tenaga.
“Kami bukan pihak yang memulakan perang, tetapi kami telah memberi respons kepada pencerobohan dengan segala kekuatan,” kata Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Jeneral Abdolrahim Mousavi, seperti dilaporkan televisyen kerajaan pada Ahad.
“Kami ragu-ragu terhadap komitmen musuh, termasuk terhadap gencatan senjata. Jika kami diserang lagi, kami bersedia bertindak balas dengan kekuatan penuh,” tambahnya.
Konflik itu turut menggagalkan rundingan nuklear antara Iran dan Amerika Syarikat yang sedang berlangsung sebelum tercetusnya pertempuran.
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj