Israel Pulangkan 90 Mayat, Banyak Tanda Seksaan Ditemui

GAZA CITY: Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan telah menerima 45 lagi mayat rakyat Palestin yang sebelum ini disimpan oleh pihak berkuasa Israel, menjadikan jumlah keseluruhan 90 mayat dipulangkan setakat ini di bawah perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS).

Pemulangan mayat itu dilakukan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran mayat dan tahanan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, pasukan perubatan kini sedang memeriksa dan mendokumentasi mayat berkenaan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing mengikut prosedur forensik.

Tanda Diseksa dan Ditembak

Beberapa sumber perubatan memberitahu media Al Jazeera, sebahagian daripada mayat yang diterima dalam keadaan mengerikan, dengan tanda-tanda penyeksaan dan ‘field executions’.

“Ada yang masih bergari dan bertutup mata. Kebanyakan memakai pakaian awam, manakala sebahagian lagi berpakaian seragam pejuang,” kata Sameh Hamad, anggota suruhanjaya penerimaan mayat di Hospital Nasser.

Menurut Hamad, tiga nama sahaja dikenal pasti melalui maklumat yang diberikan oleh ICRC, sementara puluhan keluarga masih menunggu pengesahan identiti mangsa lain.

Kementerian Kesihatan turut mendedahkan imej 32 mayat tidak dikenali dalam keadaan terbakar, reput atau kehilangan anggota badan bagi membantu proses pengecaman.

Banyak tubuh juga berselaput pasir dan debu, dipercayai digali semula dari kawasan yang dibedil tentera Israel.

Sekatan Ujian DNA Sukarkan Pengecaman

Pihak kementerian menjelaskan bahawa larangan Israel terhadap kemasukan peralatan ujian DNA ke Gaza menyukarkan proses pengecaman mayat. Pasukan forensik terpaksa bergantung kepada pakaian dan ciri fizikal bagi mengenal pasti mangsa. AGENSI

Sumber: Buletin TV3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pembinaan Semula Gaza Perlukan Pembiayaan AS$70 Bilion – UNDP

Next Post

Enam Warga Palestin Cedera Dalam Serbuan Tentera Israel Di Nablus

Related Posts