
1- Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat sejagat
2- Masjid al Aqsa adalah masjid ke-2 dibangunkan di atas muka bumi
3- Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-3 agung di sisi Allah swt
4- Masjid al Aqsa merupakan lokasi persinggahan Rasulullah semasa Israk sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha
5- Peristiwa Rasulullah mengimami para anbiya di Masjid al Aqsa ini melambangkan perpindahan kepimpinan dunia daripada Rasul sebelumnya kepada Baginda Mohamad saw.
Ia juga melambangkan perubahan kepimpinan daripada umat sebelumnya kepada umat Muhammad saw.
Peristiwa Israk dan Mikraj mengajar kita bahawa Masjid al Aqsa mesti dibebaskan daripada cengkaman regim zionis Israel.
Usah dilupakan perjuangan pembebasan Masjid al Aqsa, jantung dan hati umat Islam sejagat.
Salam perjuangan,
Sumber: Zainur Rashid Zainuddin