Jihad Penebus Dosa Kecuali Hutang

Jihad Penebus Dosa Kecuali Hutang
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلْتُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى أُقْتَلَ صَابِرًا مُحْتَسِبًا مُقْبِلًا غَيْرَ مُدْبِرٍ، أَيُكَفِّرُ ذَلِكَ عَنِّي مِنْ سَيِّئَاتِي؟ فَقَالَ: «نَعَمْ» ، ثُمَّ مَكَثَ سَاعَةً، ثُمَّ قَالَ: «أَيْنَ السَّائِلُ؟» قَالَ: هُوَ ذَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَقَالَ: «إِلَّا الدَّيْنَ سَارَّنِي بِهِ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ»
Maksudnya:
“Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW: ‘Bagaimana pendapat tuan jika saya berperang di jalan Allah sehingga saya terbunuh dalam keadaan sabar, mengharapkan pahala, maju ke hadapan dan tidak berpaling ke belakang, adakah itu akan menghapuskan dosa-dosa saya?’ Baginda bersabda: ‘Ya.’ Kemudian baginda berdiam seketika, lalu bersabda: ‘Di manakah orang yang bertanya tadi?’ Lelaki itu berkata: ‘Saya orangnya, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda: ‘Kecuali hutang, Jibril AS telah memberitahuku tentangnya.'”
[Riwayat Ibn Abī ʻĀṣim dalam Kitāb al-Jihād]
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Berfikir Sebelum Berkata-kata

Berfikir Sebelum Berkata-kata

Next Post
Taktik Rejim Zionis Mengepung Gaza dan Menekan Penduduknya

Taktik Rejim Zionis Mengepung Gaza dan Menekan Penduduknya

Related Posts
Sebelum Pergi Berjihad

Sebelum Pergi Berjihad

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Raslullah SAW bersabda: غَزَا نَبِيٌّ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ، فَقَالَ: لَا يَصْحَبْنِي رَجُلٌ بَنَى دَارًا،…
Read More
Penghancur Agama Islam

Penghancur Agama Islam

Daripada Ziyad bin Hudair, beliau berkata, Umar bin al-Khaththab RA berkata kepadaku, “Adakah kamu tahu apa yang menghancurkan…
Read More