Taktik Rejim Zionis Mengepung Gaza dan Menekan Penduduknya

Taktik Rejim Zionis Mengepung Gaza dan Menekan Penduduknya
Bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza tidak lagi sekadar trak yang membawa makanan dan ubat kepada penduduk yang lesu akibat perang pemusnahan, malah telah bertukar sepanjang tahun-tahun pencerobohan. Ia telah menjadi satu laluan yang sangat kompleks yang dikawal oleh sekatan ketenteraan, penutupan lintasan sempadan dan perubahan mekanisme pengagihan, di tengah-tengah jurang yang semakin luas antara jumlah keperluan kemanusiaan dan keupayaan institusi antarabangsa untuk sampai kepada jutaan rakyat Palestin yang terkepung.

Satu laporan mengenai laluan bantuan dan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, yang dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Politik Palestin, mendedahkan perubahan mendalam yang dialami oleh sistem kerja kemanusiaan sejak bermulanya perang, di mana krisis itu beralih daripada kekurangan bekalan kepada kerumitan mekanisme kemasukan dan pengagihannya. Kemudian ia membarah kepada pengurangan peranan institusi kemanusiaan tradisional, terutamanya Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pelarian Palestin (UNRWA), pada masa orang awam kekal sebagai golongan paling lemah dalam menghadapi kelaparan, perpindahan dan kemusnahan.

๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป
Lintasan sempadan sejak awal perang merupakan salah satu kunci utama krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, kerana kemasukan makanan, ubat, bahan api dan keperluan asas bergantung kepada kelulusan, prosedur dan sekatan yang dikenakan oleh pihak rejim Zionis. Akibatnya, aliran bantuan menjadi perlahan dan tidak teratur sampai ke kawasan yang paling memerlukan.

Krisis itu tidak terhenti di sempadan lintasan sahaja, malah meluas ke dalam Semenanjung Gaza, di mana konvoi kemanusiaan menghadapi kesukaran untuk bergerak dan sampai kepada penduduk, akibat operasi ketenteraan, sekatan ke atas pergerakan serta kemusnahan jalan raya dan infrastruktur.

Ketika keperluan kemanusiaan berganda dengan meluasnya kemusnahan dan perpindahan, keupayaan institusi bantuan untuk bertindak balas kekal jauh lebih rendah daripada skala bencana. Hal ini menyebabkan ribuan keluarga bergantung kepada bantuan yang tidak teratur atau jumlah terhad yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas mereka.

๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ก๐—ฅ๐—ช๐—”
Laporan itu menonjolkan besarnya cabaran yang dihadapi oleh Agensi UNRWA, yang selama beberapa dekad merupakan salah satu tonggak terpenting kerja kemanusiaan dan bantuan di Semenanjung Gaza, sebelum operasinya terdedah kepada sekatan yang semakin meningkat yang memberi kesan langsung terhadap keupayaannya untuk memasukkan dan mengagihkan bantuan.

Pengetatan terhadap agensi itu dan pengurangan keupayaan operasinya menyebabkan berlakunya kekosongan dalam sistem bantuan, memandangkan ia memiliki pengalaman panjang dan rangkaian luas pekerja, kemudahan, pusat perlindungan dan perkhidmatan di dalam Semenanjung.

Hal ini berlaku serentak dengan keperluan penduduk yang terus meningkat, menjadikan sebarang kemerosotan dalam peranan institusi kemanusiaan sedia ada memberi kesan langsung kepada keluarga pelarian dan golongan paling rentan, terutamanya kanak-kanak, wanita, warga emas dan pesakit.

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan bahawa sekatan yang dikenakan ke atas kerja UNRWA dan larangan terhadapnya daripada memasukkan bantuan secara langsung menjejaskan keupayaannya untuk mengagihkan bekalan yang di simpan di luar Semenanjung dan mencukupi untuk ratusan ribu orang, walaupun masih terdapat ribuan pekerja Palestin yang berkhidmat dalam perkhidmatan agensi itu di dalam Gaza.

๐— ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ
Menurut apa yang dipaparkan oleh laporan itu, kelemahan bukan hanya pada jumlah bantuan, malah meluas kepada mekanisme pengagihannya, dengan peralihan kepada pengaturan baharu yang menimbulkan persoalan luas tentang sejauh mana ia mampu menyediakan perlindungan dan keadilan dalam akses kepada bantuan.

Daripada proses bantuan yang berasaskan sistem kemanusiaan yang stabil yang menjamin bantuan sampai kepada penduduk di tempat mereka berada, proses mendapatkan makanan dalam banyak peringkat menjadi berkait dengan laluan yang berisiko, di tengah-tengah kehancuran infrastruktur yang meluas, penyebaran penduduk dan perintah perpindahan yang berulang.

Realiti ini memperdalam penderitaan rakyat Palestin, kerana kelaparan bukan lagi berpunca daripada kekurangan makanan semata-mata, malah daripada kesukaran mendapatkannya, pengagihan yang tidak teratur dan kegagalan institusi yang merupakan tulang belakang tindak balas kemanusiaan.

๐—๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜€
Salah satu akibat paling berbahaya daripada krisis itu, menurut laporan tersebut, terserlah dalam jurang yang semakin luas antara keperluan kemanusiaan yang sangat besar dan keupayaan sebenar untuk bertindak balas, di tengah-tengah sekatan berterusan ke atas pergerakan bekalan dan orang serta kemusnahan kemudahan asas.

Kawasan kejiranan, rumah, hospital serta rangkaian air dan pembetungannya mengalami kemusnahan teruk dan memerlukan sistem bantuan yang mampu beroperasi secara berterusan dan berskala besar, bukan bantuan terhad atau tindak balas yang terputus-putus.

Sekatan berterusan terhadap akses ke kawasan luas di semenanjung Gaza juga meningkatkan kesukaran menyampaikan bantuan, menjejaskan kerja institusi kemanusiaan serta perkhidmatan air, kesihatan dan makanan. Bukan itu sahaja, ia turut menggandakan risiko yang dihadapi oleh orang awam di kawasan yang terkepung atau musnah.

Laporan PBB menunjukkan bahawa sekatan ke atas akses dan pergerakan di dalam Semenanjung Gaza menyebabkan sesetengah institusi kemanusiaan mengurangkan atau menggantung aktiviti yang menyelamatkan nyawa, sementara kawasan luas di Semenanjung kekal tertakluk kepada sekatan ketat yang menjejaskan pergerakan penduduk dan pekerja dalam bidang kemanusiaan.

๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป
Laporan itu meletakkan isu bantuan kemanusiaan dalam konteks yang lebih luas, dengan menegaskan bahawa bantuan tidak boleh dipisahkan daripada persekitaran politik dan ketenteraan yang menjadi tempat ia beroperasi, terutamanya apabila kuasa pendudukan mengawal lintasan sempadan, pergerakan barangan dan orang serta laluan akses ke kawasan yang terjejas.

Oleh itu, jaminan aliran bantuan bukan hanya berkait dengan penyediaannya, malah dengan kewujudan mekanisme yang menjamin kemasukan dan penyampaiannya secara selamat dan teratur kepada orang awam, jauh daripada gangguan atau sekatan yang menghalang bekalan yang ada daripada bertukar menjadi bantuan yang benar-benar sampai kepada keluarga yang memerlukan.

Laporan itu menegaskan kepentingan mengekalkan kebebasan kerja kemanusiaan dan memperkasa institusi antarabangsa yang berkaitan untuk menjalankan peranan mereka, di samping memastikan sistem bantuan sedia ada tidak digantikan dengan pengaturan yang tidak menyediakan perlindungan yang mencukupi kepada orang awam atau tidak menjamin penyampaian bantuan mengikut keperluan kemanusiaan.

Krisis itu tidak terhad kepada kekurangan bungkusan makanan, malah merangkumi bahan api, keperluan perubatan, bahan perlindungan, alat ganti dan peralatan yang diperlukan untuk mengoperasikan kemudahan penting, yang menjadikan kegagalan kemasukan bekalan sebagai punca langsung kemerosotan perkhidmatan asas.

Kemudahan air dan pembetungan serta fasiliti kesihatan menghadapi cabaran berterusan akibat kekurangan bahan, bahan api dan alat ganti, sementara penduduk terpaksa menghadapi kesan penumpukan sampah dan kemerosotan perkhidmatan air serta penjagaan kesihatan.

Dalam konteks ini, kemasukan bantuan menjadi sebahagian daripada perjuangan yang lebih luas berkaitan pengoperasian semula asas kehidupan, kerana makanan tidak boleh dipisahkan daripada air, air tidak boleh dipisahkan daripada bahan api, dan perkhidmatan kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada keupayaan institusi untuk bergerak dan sampai kepada penduduk.

๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ
Laporan itu merumuskan bahawa menangani krisis kemanusiaan di Gaza memerlukan melangkaui penyelesaian sementara dan beralih kepada langkah-langkah yang menjamin aliran bantuan yang mampan dan mencukupi, di samping menghapuskan sekatan yang menghalang kerja institusi kemanusiaan dan memperkasa mereka untuk sampai ke semua kawasan dan penduduk.

Ia juga menonjolkan keperluan memulihkan martabat sistem kemanusiaan antarabangsa dan menyokong institusi yang mampu melaksanakan operasi bantuan yang luas dan teratur, terutamanya UNRWA, di samping menjamin perlindungan kepada pekerja dalam bidang kemanusiaan dan kemudahan mereka.

Ketika kesan perang terus membayangi rakyat Palestin, bantuan bagi jutaan penduduk kekal lebih daripada sekadar sokongan kemanusiaan sementara; ia adalah barisan pertahanan terakhir dalam menghadapi kelaparan, penyakit dan perpindahan. Namun barisan ini kekal rapuh selagi bekalan dikawal oleh sekatan, dan selagi institusi bantuan tidak mampu sampai dengan bebas kepada mereka yang memerlukannya.

Di Gaza, tragedi itu bukan terletak pada sedikitnya apa yang dimiliki oleh penduduk semata-mata, malah pada hakikat bahawa apa yang dihantar kepada mereka tidak sentiasa sampai, apa yang sampai tidak mencukupi, dan sesiapa yang mampu memperolehnya hari ini mungkin tidak menemui jalan kepadanya esok. Natijahnya, ia menjadikan bantuan kemanusiaan sebagai saksi kepada salah satu krisis paling kompleks dan kejam, di mana hak manusia terhadap makanan, ubat dan tempat tinggal bertukar menjadi perjuangan harian untuk terus hidup.
.
๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ:
https://palinfo.com/news/2026/09/10/1117664/
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Jihad Penebus Dosa Kecuali Hutang

Jihad Penebus Dosa Kecuali Hutang

Related Posts