Kanak-Kanak Gaza Mula Kembali Ke Sekolah Secara Berperingkat

NUSEIRAT: Kanak-kanak di Gaza mula kembali ke sekolah secara berperingkat, selepas dua tahun peperangan.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengumumkan, beberapa sekolah di wilayah berkenaan mula dibuka semula dengan pelajar secara beransur-ansur kembali ke kelas, susulan bermulanya gencatan senjata di Gaza.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, dalam satu hantaran di platform X berkata, lebih 25,000 pelajar kini mengikuti pembelajaran di ruang pembelajaran sementara agensi itu.

Manakala kira-kira 300,000 pelajar lagi akan mengikuti kelas secara dalam talian.

Sepanjang dua tahun konflik antara Israel dan Hamas, Sekolah Al Hassaina di barat Nuseirat, adalah antara kemudahan UNRWA di seluruh Gaza, telah dijadikan tempat perlindungan bagi puluhan keluarga yang hilang tempat tinggal. – AFP

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih Sejuta Kanak-kanak Gaza Masih Trauma Akibat Konflik Berpanjangan

Next Post

Israel Ugut Akan Tingkatkan Serangan Terhadap Hizbullah Di Selatan Lubnan

Related Posts