Lebih Sejuta Kanak-kanak Gaza Masih Trauma Akibat Konflik Berpanjangan

GAZA: Di sebalik gencatan senjata yang rapuh, kesan peperangan selama lebih dua tahun antara Israel dan Gaza terus menghantui generasi muda Palestin.

Menurut UNICEF, lebih sejuta kanak-kanak telah melalui pengalaman ngeri untuk terus hidup di tengah konflik yang berpanjangan.

Pakar psikologi memberi amaran bahawa lebih 80 peratus kanak-kanak Gaza menunjukkan simptom trauma yang teruk, termasuk kebimbangan melampau, kemurungan dan gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD).

Bagi ramai keluarga, bunyi letupan dan serangan udara masih bergema dalam ingatan, walaupun serangan fizikal telah reda.

Abed al-Aziz Abu Hawishal, 15 tahun, berkongsi pengalaman mengerikan ketika berlindung di sebuah rumah di Gaza City. “Mereka seret saya ke arah kereta kebal, dan seorang askar mengacukan senjata ke kepala saya,” katanya kepada Al Jazeera.

Dia juga menyaksikan insiden pembunuhan beramai-ramai berhampiran rumahnya, yang meninggalkan kesan mendalam terhadap kesihatan mentalnya.

Krisis ini turut diperburuk oleh kemusnahan infrastruktur kesihatan mental di Gaza.

Sebelum perang, perkhidmatan kesihatan mental mampu memenuhi 80 peratus keperluan; kini ia hanya mampu menampung sekitar 20 peratus.

Ramai kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa kini dijaga oleh datuk dan nenek, seperti keluarga Aliwa yang membesarkan 36 cucu selepas lima anak mereka terbunuh dalam konflik.

Walaupun bantuan antarabangsa mula disalurkan, cabaran untuk memulihkan kesihatan mental dan sosial kanak-kanak Gaza kekal besar.

Bagi mereka, peperangan bukan sekadar kehilangan fizikal, tetapi luka jiwa yang mungkin tidak pernah sembuh.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Operasi Bantuan Ke Gaza Masih Sukar Walau Gencatan Senjata – PBB

Next Post

Kanak-Kanak Gaza Mula Kembali Ke Sekolah Secara Berperingkat

Related Posts