
TEL AVIV: Ketua Perisikan Dalam Negeri Israel, Ronen Bar akan meletak jawatan dan secara rasmi berundur pada 15 Jun ini.
Perkara itu dilapor media tempatan, sekaligus menandakan perkembangan baharu dalam kemelut politik Israel.
Ronen Bar yang mengetuai Agensi Perisikan Domestik Israel, Shin Bet – bertanggungjawab terhadap siasatan antikeganasan dan keselamatan dalam negeri kini berada di tengah-tengah krisis politik yang kian meruncing.
Keputusan Bar meletak jawatan hadir enam minggu selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dikatakan hilang kepercayaan – cuba memecatnya.
Namun, langkah itu dibekukan sementara oleh Mahkamah Agung Israel.
Dalam kenyataan balasnya, Bar mendakwa Netanyahu mahu menyingkirkannya selepas dia enggan melaksanakan beberapa arahan, termasuk mengintip penunjuk perasaan dan campur tangan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Netanyahu.
Ia bagaimanapun dinafikan Netanyahu dan menyifatkan Bar berbohong.
Krisis ini menambah tekanan terhadap kerajaan Netanyahu, yang kini turut berdepan kritikan daripada pelbagai pihak termasuk institusi keselamatan dan keluarga tebusan yang masih ditahan di Gaza.
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj