
GAZA: Pejabat Media Kerajaan Gaza melaporkan lebih daripada 200 orang terbunuh dalam serangan pengganas Israel di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Gaza pada awal pagi tadi.
Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
78 kematian dicatatkan dalam serangan di wilayah selatan Gaza manakala Gaza City mencatatkan sekurang-kurangnya 20 kematian dan 50 kecederaan.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila pesawat Israel mengebom Sekolah Al-Tabi’in, yang menempatkan pelarian di kejiranan Daraj.
Beberapa orang turut terbunuh dan cedera dalam serangan Israel ke atas penduduk yang berlindung di khemah di kawasan al-Mawasi, barat Khan Younis.
Wartawan Al Jazeera Arabic di Gaza melaporkan bahawa kereta kebal Israel sedang mengebom kawasan timur bandar Abasan di Khan Younis, disertai dengan tembakan sengit.
Sekurang-kurangnya 16 pesawat Israel dikesan membedil Khan Younis dengan serangan dilancarkan ketika kebanyakan penduduk sedang nyenyak tidur.
Keadaan menyebabkan penduduk panik dan ketakutan. – AL JAZEERA
#bumimikraj
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj