Israel Terus Mengganas! Gaza Diserang Besar-Besaran Hari Ini

WASHINGTON – [DIKEMAS KINI] Tentera Israel pada Selasa mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

“Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet kini melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza,” kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.

Media tempatan yang memetik perkhidmatan kecemasan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.

Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS Steve Witkoff dan para perantara. – Bernama

#bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza Di Ambang Krisis Air Akibat Sekatan Israel

Next Post

Lebih 200 Terbunuh Dalam Serangan Terbaru Israel Di Gaza

Related Posts