Lebih 4,000 Pelampau Yahudi Ceroboh Masjid al-Aqsa Sepanjang Januari

BAITULMAQDIS, 04 Feb – Kira-kira 4,397 pelampau Yahudi diiringi pihak berkuasa Israel menceroboh Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis sepanjang Januari.

Pentadbir Kota Lama itu berkata, angka tersebut menunjukkan peningkatan ketara selepas puak ekstremis berkenaan cuba mewujudkan status quo baharu, sekali gus mencemari kesucian masjid berkenaan.

“Golongan itu mengedarkan risalah Yahudi dan turut melakukan ritual keagamaan yang sama sekali ditegah undang-undang,” ujar jurucakapnya.

Sementara itu, agensi berita WAFA melaporkan kira-kira 7,868 individu lain turut diberi kebenaran untuk memasuki pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) di bawah kategori ‘pelancongan’.

Pada bulan lalu, Israel turut melakukan 86 tindakan perobohan struktur milik penduduk Palestin di Baitulmaqdis. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Dakwa Hamas Diberi Tempoh Dua Bulan Untuk Lucut Senjata Oleh Trump

Next Post

Lintasan Rafah Dibuka: Dua Bas Bawa Pulang Penduduk Gaza Ke Khan Yunis

Related Posts